07 November 2010

Apa rasa bila di seru?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




UPDATE 23 April 2012

Salam pagi pagu buta, pembaca!

Pagi pagi buta aku nak mintak korang share something dengan aku. Bukan lolipop, bukan jugak duit. Tapi, kalau nak share duit okay gak! Hiks.

Orang selalu jawab, 'Tunggu seru lah', bila di tanya soalan, 'Bila nak kahwin?'.
Orang jugak selalu jawab, 'Tunggu seru', bila di serbu soalan, 'Bila nak bertutup?'.

Jadi, kat sini aku nak tanya lah kan, ada sesiapa pernah terasa seru tu menyeru korang untuk kahwin atau bertudung atau apa apa sahajalah? Aku teringin gila nak tahu apa rasa bila seru sampai. Tolonglah cerita.

Sebab, setahu aku, orang kahwin bukan tunggu seru pun. Orang tunggu duit kumpul cukup. Orang tunggu light green dari semua pihak. Tak pun, tup tup dah kahwin. Bila tanya kenapa kahwin awal, dorang akan jawab, sebab dah sedia fizikal dan mental. Tak da pulak jawab sebab dah di seru. Haiyak.

Aku pun pernah jawab 'Tunggu seru', kat kawan aku bila dia tanya bila nak bertudung secara kekal. Kekal di sini bermaksud, bertudung bila berhadapan dgn orang bukan muhrim. Tapi, tup tup tak sampai sebulan kawan aku tanya, aku dah bertudung. Aku sendiri pun terkejut!

Bila dia tanya aku, bila dan macam mana? Aku cakap, 21 Jun 2010. Macam mana aku tak tahu. Sebab, aku bangun tidur hari tu, terus aku iron tudung, sedia nak pakai kalau keluar ke mana mana. Siriyes!

Nak kata aku bermimpi di seru, tak da lah pulak. Sebab, aku tak mimpi apa apa malam sebelum tu. Nak kata ada suara suara halus suruh aku bertudung, tak terasa geli pulak telinga aku. Jadi, konklusi yang aku boleh buat kat sini adalah niat seseorang tersebut. Lagi pun, aku pernah bernazar nak bertudung kalau aku dapat sambung degree.

Walaupun tak dapat sambung, aku terasa seperti harus tunaikan janji aku! Sebab, aku dapat surat sambung belajar di Manchester Metropolitan  University, United Kingdom. Aku tak pergi atas sebab sebab peribadi. Kiranya aku dah dapat sambung cuma aku tak sambung! Jadi, aku tidak di seru tetapi menunaikan nazar aku.

Apa pendapat korang pulak pasal seru ni?




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

4 comments:

Ain Abia said... BALAS

seru mgkin bila hati kita dah tetap untuk berbuat sesuatu.. kita tidak tahu bila masanya di mana ketika dan bgimana.. secara tiba2 mgkin,seruan lebih kepada naluri hati..

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Ain Abia
Ohoo. Jadi, maknanya Shag tetiba pakai tudung tu asala nya dari seru lah ye. Hiks.

Thanks sebab kongsi! ;)

zainabzawawi said... BALAS

for me, kau pakai bila kau ready, kau ikhlas, sme bole jalan. takde istilah seru. seru dr mane beb ? bersyukur dgn diri kau skrg. aku bangga ngn kau. w/o sspe pakse , kau pakai :) be thankful sbb Allah bagi hati kau terbukak senang je ke arah kebaikan !! loves you shaggg ! taknak ah. love you moy :) kihkih

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@zainabzawawi
Memang sangat bersyukur kot! Senang nak pakai. Tapi, sentiasa ada suara sumbang lah kan. Senang pakai, susah nak jaga. Biasalah tu kan. Kau pun sama! Kita sama sama berubah, macam berjodoh pulak. Haha ;DD
Love lu tuh lah Zainab!!!

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot