09 November 2010

Kes pengesahan identiti blogger yang hilang.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Malam, pembaca!

Tengah bosan bosan ni, ada baik jugak aku cilok tag dari blogger patu kemaskini kat belog aku. Ada jugak lah kerja untuk pembaca dan pengikut aku. Kalau dorang rajin nak bacalah kan. Heyy, membaca amalan mulia tahu! Sila baca entri aku ni.

Aku cilok tag ni baru pengikut baru aku, Katak Pink. Jom mula.

          Tuan Belog.
  1. Nama aku Shag Yahaya. Bahagia bila di panggil Shag. Tapi ada je panggil Shagy, tak pun Moy sebab muka aku ala ala Cina celup gitu.
  2. Berumur 21 tahun 1 bulan 14 hari.
  3. Masih bujang dan banyak crush. Hihi.
  4. Minat gila sama Linkin Park dan terjatuh hati sama Chester Bennington.
  5. Berkepala, berhidung, berbadan dan bermata sepet tapi BESAR!
  6. Sangat panas baran. Bila emo mula lah memaki!
  7. Tak mempunyai fesbuk seperti kebanyakan remaja dan makcik pakcik zaman sekarang! Baru je buang akaun fesbuk beberapa minggu yang lalu.
  8. Mempunyai ketinggian 160cm dan berat badan, errr, dah lama tak timbang jadi mungkin 100kg? Hiks.
  9. Memiliki abah dan mama yang macho dan comel macam aku!
  10. Ada 5 adik beradik termasuk aku. Along [22], Baby [18], Boboy [14], Adeq [8]
  11. Aku suka semua warna. Tapi, warna merah jambu jatuh di tempat terakhir.
  12. Aku ada 8 lubang tindikan di telinga. 5 di belah kanan, selebihnya di kiri.
  13. Aku baru mula menutup aurat sepenuh alam hati pada 21 Jun 2010. Ini pun nak bagi tahu ke? Haiyak.
  14. Aku ada semua koleksi album Linkin Park dan poster mereka. Tetapi, sebahagian poster terpaksa di jual gara gara Mama mengamuk tengok bilik aku penuh dengan muka LP!
  15. Aku kehilangan dua orang kawan baik yang ternyata bukan kawan baik yang sejati dalam masa yang sama. Tak heran lah!!


    Hobi aku.
  16. Karoke sampai lebam. Selalunya dengan kawan baik aku, Zainab dan balaknya, Zahir. Gabungan nama mereka menjadi Zahirnab! Hiks ;)
  17. Main boling. Tiap kali memang wajib bersama Abah! Pasal Abahlah yang jadi tulang belakang aku dalam boling ni.
  18. Tengok wayang. Dah lama tak tengok sebab tak ada geng dah. Sobs.
  19. Cam-Whoring! Camera Abah, Canon IXUS 8515, dah jadi hak milik aku. Ni tengah tunggu SLR dari Abah. Haha.
  20. Kemaskini belog. Tak ada cerita pun aku akan pastikan belog aku di kemaskini dengan entri baru.


    Belog aku.
  21. Ni akaun baru aku. Dulu ada yang lain tapi dah di private kan dan berhenti beroperasi.
  22. Di beri nama Nothing is true, Everything is Permitted yang membawa maksud, tak semua yang di perkatakan adalah betul dan semua yang terjadi telah di takdirkan terjadi.
  23. Baru mula beroperasi selama dua minggu dan lima hari.
  24. Inginkan kawan belog yang ramai dan pengkomen serta pengkritik yang handal untuk belog aku ni.
  25. Tidak berpuas hati dengan Font di tajuk entri serta tajuk di kotak sisi belog.
Aku kena tag 25 orang. Tapi, masalahnya sekarang aku malas nak cari 25 orang yang sangat bertuah tu. Aku tangguh sampai esok pagi dulu lah. Boleh kan. Hiks ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

8 comments:

Rossarina™ said... BALAS

masuk kan lah saya dalam salah seorang 25 tuh HAHA tengah nak kumpul tag, pastu jawab secara pukal hohoho XD

Shahrul Azrie said... BALAS

ADA BRAN? JOM2 JOIN CONTEST PERTAMA BLOG NI:)

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Rossarina™
Dah masuk top 10 list. Cuma tak taip lagi je :P

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Shahrul Azrie
Wah. Baik! Akan di terjah sekarang ;)

RoSeNoi♥A'n'L said... BALAS

Wah... ni kira mengemukakan fakta tentang diri sendiri ke cane ni?? baiklah.. insyaAllah akan dijawab... XD

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@RoSeNoi♥A'n'L
Sepatutnya 25 tu semua pasal diri sendiri. tapi, Moy malas sebab sebelum ni dah ada buat 25 rahsia. Kali ni tukar sikit ;P

MollyAhmad said... BALAS

oh jgn tag aku! :P

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@MollyAhmad
Kau jadi target pertama aku, Normaliza the Marl Ahmad the PEMALAS! Haha :DD

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot