01 November 2010

Hadiah kontes pertama aku dapat!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Malam pembaca!

Ohoooi. Setelah sekian lama menunggu. Akhirnya, sampai jugak! Apa yang sampai nya? Hadiah dari Cik Pupel sempena kemenangan aku dalam satu kontes yang di anjurkan oleh beliau. Aku tak ingat bila. Rasanya dah beberapa bulan yang lalu. Haiyak!

Asalnya aku dok tunggu benda lain. Aku ada order contact lens, tapi dah seminggu tak sampai sampai. Pagi tadi aku p cek kotak surat tu, ingatkan dah sampai lah lens aku. Tapi, yang sampai nya surat dari Cik Pupel. Teruja aku tarik surat tu keluar dari kotak sampai tangan aku terguris kaca kat pintu kotak surat tu. Ommo! Dalam tu~

UPDATE 23 April 2012

Tengok depan sampul surat tu dah jatuh hati kot. Comel je dia taip nama pengirim dan nama penerima. Setakat ni, aku tak dapat lagi surat atau bungkusan yang pengirimnya terlampau rajin utk print nama dan alamat penerima. Tulis tangan je. Ini kiranya sangat spesial istimewa!

Dalam masa yang sama, van Pos Laju yang bagak singgah kat rumah aku. Kasi pulak satu lagi bungkusan. Aku ada order Detox Footpatch semalam kat Facebook-Shop. Err. Macam pelik je baca Facebook-Shop. Tapi, Blog-Shop macam comel pulak?. Grrrr. Pedulikan. Jadi, bertambah lah eksited aku! Tak ingat dah tangan, darah dok meleleh leleh.

Aku bukak bungkusan dari Cik Pupel dulu. Sebab, nak tahu hadiah apa. Errr. Padahal Cik Pupel dah pernah kasi tahu apa yang pemenang bakal dapat. Aku, aku lupa! Dengan cermat aku bukak sampul surat kaler cekelat tu. Jatuh ketoing ketoing dua paket shawls yang di gulung cantik. Terjatuh hati lagi! Sekali lagi, dengan berhati hati aku koyak pulak pelastik tu. Argh. Tension tengok dua ketul shawls yang comel tu.

Terus aku p iron. Semangat! Satu nak pakai terus. Sebab, aku nak keluar p Alam. Semangat tak semangat lah kan. Tak sempat basuh, aku p iron dan terus pakai p jalan jalan. Kiki.


Kaler merah jambu tu sangat lembut! Argh. Tak sesuai dengan jiwa aku tapi sesuai dengan kulit aku! Tampak manis bila aku pakai. Alahai. Kalau kawan kawan aku nampak, tentu cakap aku dah jadi wanita jambu lemah lembut. Der.

Tak sabar nak cuba yang satu lagi tu. Kaler dia unik! Kain dia pun.Ohh. Aku tak tahu macam mane nak pakai. Sebab, dia macam beropol ropol kat tepi tu. Tambah, kain dia licin. Tapi, lagi licin yang merah jambu tu. Asek jatuh ke depan je. Nak kena taruk banyak jarum kot? Ohoi.

Akhir sekali. Cik Pupel, kalau ada kontes menarik, mai lah ajak Shag ye! Kiki. Teringat aku jadi peserta pertama kontes Cik Pupel. Teruja kot! THANKS A LOT for those shawls. They're totally lovely! Comel comel! :D

Bye!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

PuPeL said... BALAS

he~ da dapat e..yang ropol2 tu tuan conteeest berkenan sangat tp tak berani nak pakai sbb banyak ropol sangat.he~..tehe...

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

Pupel :
Shag pun berkenan. Tadi try pakai nak p jejalan. Tapi, tak reti lah sebab banyak ropol. Haha ;DD Kena google style ropol ni ;Pp

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot