20 November 2010

Kontes : Picture Of My Life Contest



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam tengah malam, pembaca!


Malas nak berleter panjang, aku nak kasi tahu aku sertai satu lagi kontes. Kali ini di anjurkan oleh aretikz. Dan aku nak tag : Ayu, Nfahk dan Eiyda ;)

Ayuk Ayuh kita mulakan kontes.





Mula mula sekali, aku nak beri tahu bahawa gambar yang di selitkan di bawah di ambil sekitar tahun 2006 yakni tahun terakhir pengajian aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 1, Presint 8. Itu adalah suku dari keluarga Sigma 2, kelas aku. Banyak kenangan di tanam rapi kat bilik darjah tersebut. Dua tahun aku dan keluarga Sigma 2 menginap di situ. Terlalu banyak memori untuk di rungkai satu persatu. Tapi, akan aku cuba rungkai hanya cebisan dari kenangan kami malam ini.





Cabaran pertama aku.
Nak masuk kelas Sigma 2 waktu di tingkatan 4 dulu bukan main susah. Lepas dapat result PMR, aku di  tempatkan di kelas Sigma 3. Kelas jurusan Akaun. Waktu tu, dalam kepala otak aku, impian aku hanya ingin menjadi seorang doktor. Tambahan, aku lemah bab akaun. Jadi, aku merayu untuk berpindah ke kelas jurusan Sains Tulen, kelas Sigma 1. Ye, Sigma 1. Aku tak salah taip.


Minggu pertama di tingkatan 4 bukan mudah bagi aku. Aku di gasak soalan soalan yang aku rasa amat berat mulut aku menjawab.
Korang [ramai lagi yang merayu nak masuk kelas Sains Tulen] boleh tak dapat A nanti?
Korang yakin ke korang boleh? Yakin ke?
Aku mengangguk dalam masa yang sama aku berdebar. Boleh kah aku, itu aku tak pasti! Haha. Lalu, aku dan pelajar lain di cabar untuk dapatkan markah terbaik untuk peperiksaan awal tahun. Ahh, gasak! Aku dah rapuh. Aku dah berputus asa kat situ. Tersungkur sebelum berjuang, bak kata orang lah.


Kelas terunik.
Cabaran untuk mendapatkan keputusan baik bagai debu di bawa angin lalu. Lalu, aku di tempatkan di kelas Sigma 2 kerana pelajar Sains Tulen terlalu ramai. Jadi, pelajar yang merayu di campak ke kelas kedua, kelas jurusan Lukisan Kejuruteraan. Itu menjadikan kelas kami jadi sasaran semua Guru. Unik kata mereka. Gabungan budak pelajar Biologi dan LK. Lepas tu, paling ramai pelajarnya! Haha. Ini memang best!


Kerana unik itu jugak lah kitorang pernah dapat title, Kelas Terkotor. Haha. Punya lah kitorang gelak sakan lepas je di umumkan segabai sebagai kelas terkotor minggu itu. Tak pasal pasal, semua cikgu yang masuk kelas minggu tu membebel macam macam. Lawak, sungguh lawak! Tetapi, kami buktikan kami tak da lah pengotor mana pun bila kami di umumkan sebagai Kelas Terbersih pada minggu berikutnya. Uwargh~ Cayalah. Lepas tu, kitorang maintain kan kebersihan. Tak nak jadi terkotor, tak nak jugak terbersih! Kami ni low-profile orangnya.


Sigma 2 adalah Cyber Cafe terulung!
Tiap hari, tepat jam 745 pagi, berlari masing masing nak naik ke kelas. Sebab apa? Nak berebut komputer yang ada 4 biji di kelas untuk online. Asal nya ada 6, tapi 2 tak berfungsi. 4 komputer tu lah jadi rebutan 33 orang pelajar. Kalau lelaki, apa lagi kalau bukan game Counter Strike. Saling berlawan antara satu sama lain. Kalau perempuan pulak, MySpace jela memanjang. Tak pun main game, Neopets yang tengah masyuk waktu tu.


Tapi, ada sesetengah dari kami suka tengok video kat galeri Pak Cik YouTube. Kadang kadang sampai jemput pelajar kelas lain, untuk tengok apa yang kami jumpa. Haha. Nakal kami tak bertempat. Waktu cikgu mengajar, sempat lagi nak online kat belakang kelas. Haigoo. Waktu rehat, kadang kadang tak turun makan. Diet kononnya. Padahal nak main komputer! Haha :D


Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.
Tahun 2006, aku dah masuk tingkatan 5. Masih di kelas yang sama. Tempat yang sama. Tapi, yang tak sama adalah persepsi cikgu cikgu kat kelas kitorang. Lagi lagi, Penolong Kanan Akademik. Apa masalah pun tak tahu. Tup tup kitorang dapat tahu, ada gossip meliar kat bilik guru pasal kelas Sigma 2 ni. Ada cikgu siap cakap, tak nak ajar kelas kitorang sebab kitorang nakal jahat nak mati! Haish. Angin tak ada, banjir tak ada.


Lalu, kitorang di cabar oleh cikgu cikgu yang sokong kitorang. Di cabar untuk mengalahkan kelas Sigma 1 dengan dapatkan keputusan yang gedebabom untuk Trial SPM. Maka, janji kami pegang lalu di kotakan. Baru terbeliak mata mata cikgu pandang kitorang. Baru nak puji tinggi melangit. Itu memang dah salah. Sebab, kitorang dah tak perlukan diorang. Cukup cikgu yang selama ni jadi tulang belakang kami.


Tak dapat di lupakan.
Gambar di atas adalah gambar aku dan segelintir pelajar yang sedih nak balik rumah. Sebab, itu hari terakhir kitorang kat kelas tu. Setiap tahun, di usahakan untuk mengadakan re-union Sigma 2. Aku selalu usulkan pendapat untuk mengadakan re-union di kelas lama. Tapi, di tentang. Mungkin hanya aku sahaja yang punya kenangan di situ. Tak mungkin aku lenyapkan.


Terlalu banyak kenangan aku titipkan di bilik tu. Dari pintu kelas sehingga ke meja aku. Ada je nama aku. Biarlah orang nak kata itu Vandalisme. Aku tak perduli. Hanya nak tinggalkan jejak. Macam blogger sekarang selalu buat. Tinggalkan jejak di ShoutBox. Hihi. Dari tempat itu lah aku belajar untuk pergi lebih jauh. Kerana berada dalam kelas itu juga lah, bawak aku ke pringkat sekarang. Aku punya Diploma sudah.


Tamat sudah cerita sedih aku.




Untuk maklumat lanjur mengenai kontes, boleh ke sini : Picture Of My Life Contest



p/s : aretikz, adakah Shag di terima masuk? Kiki :P
p/s/s : Yang mana aku? Cari sendiri. Klu, aku pakai jam putih. Hikhik.
p/s/s/s : Kenal tak mamat yang makan lolipop tu? Dia dah artis sekarang. Selalu ada kat Astro Ria hari Ahad petang. Jom teka!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 comments:

nfahk said... BALAS

thanks tag :)

sufiyyah zulkifli said... BALAS

wohai~
malu amat pd junior senior dpt kelas terkotor...kan? haha/ pernah rase...
pergh~ ade komp kat dlm kelas. neopets.. saye suke hikari. haha.

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@nfahk : Youre Welcome, dear ;)

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : Dah kata sekolah Semak eh Smart School. Haha. Kat Putrajaya lak tu. Hidup kena nampak mewah je. Hmph.

Yay! Shag dah tak ingat apa email + pass yg Shag guna. Rindu kat binatang Shag yg Shag pun tak ingat binatang apa :P

Tomato Gurl's Life said... BALAS

bagus2..jom join contest byk2..hehe..btw cerita menarik+sedih+pengajaran..good luck dear!

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Tomato Gurl's Life : Jom! Haha. Thanks, Cik Tom! Yes. You too dear :D

Aretikz said... BALAS

Nice story.. dari td memikir sepa pula yg mkan lolypop tu.. ades.. hehe.. apapapun.. link ini akan ada di sidebar.. cuma.. bab lulus lum lg.. xnampak gmbr contest kat tep.. huhu..

RoSeNoi♥A'n'L said... BALAS

Ohohoho.. Moy pun suka main Neopet ek.. HAHAHA.. akak pon.. masa tu memang addict gila.. cam kelakar. Cute lah game tu.. tah apa kabar dah neopet akak sekarang hahaha.

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Aretikz : Haha. Err, yg makan lolipop tu nama nya Azizulhakim! Bukan artis pun, tapi tiap hari Ahad mesti ada kat Astro Ria. Bangga :P

Alhamdulillah, nampak.

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@RoSeNoi♥A'n'L : Aah. Sebab, budak kelas suma stok ada binatang dalam komputer tu. Haha :D

Moy pun tak tahu kabar neopet Moy :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot