17 November 2010

Hari Raya Aidil Adha, cerita aku.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam Aidil Adha, pembaca!

Apa cerita raya korang. Ada bagus kah atau ada lawak kah atau tak ada apa apa? Ni aku nak cerita raya aku. Tak tahu lah ada orang senasib dengan aku ke tak. Hihi.

Paling sedih, aku tak pergi Masjid Besi pun hari ini. Tak jugak pergi, mana mana masjid untuk solat sunat raya. Sebabnya, bulan jatuh ke riba aku. Miahaha. Tapi, family aku pun tak pergi. Mama cakap, alarm tepon tak bunyi pulak jam 0645. Padahal, aku dengan mama dah bangun sebelum jam 6. Lepas masak, lepas iron baju, tidur balik sampai tak terjaga dah. Melepas dorang nak solat sunat raya tadi.

Aku, Mama dengan Abah gelak terguling guling sebab masing masing tak dengar alarm masing masing. Teruk tak teruklah kan. Ni nak ambil daging korban pun, rasa malas. Rasa bersalah pulak, solat sunat tak pergi. Tapi, daging korban boleh pulak pergi ambil. Haiyak.

Baju raya yang sudah di iron, simpan balik lah dalam almari. Nak pakai dalam rumah buat apa pulak kan. Haha. Duduk rumah pun, makan dengan tidur je. Petang sat gi baru gerak KL sebab nak hantar Abah kat KL Sentral. Hmph.

Apa cerita korang pulak?



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

4 comments:

ayu said... BALAS

hehehhe..senasib ngn ayu la shag..
rye thun nie xdpt g smbhyg kt msjid..
bulan di pagar bntg.. hahahaha ;)

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@ayu : Haha. Sedih je tgk orang lain p masjid semangat! Huk.

Rossarina™ said... BALAS

haha saya pun tak solat raya gak huhu. senasib lah kite, Moy. ape-ape pun, selamat hari raye haji ye. maaf zahir batin :D

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Rossarina™ : Hiks. Selamat Hari Raya Haji juga Arina. Maaf zahir dan batin :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot