18 November 2010

Kontes : Contest untuk . . . .Siapa?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam pagi Khamis, pembaca!

Aku nak masuk satu kontes yang di anjurkan oleh D'Antara 9 Akal. Aku petik kontes ni pun dari Tok Esah kesayangan aku. Untuk menyertai kontes ni, korang kena lah buat satu entri dan beri nama kepada makhluk hijau di atas tu. Tak lupa juga, reka latar belakang makhluk hijau yang telah di beri nama itu. Tarikh tutup adalah pada 21 November!

Lebih lanjut, sila ke sini : Contest untuk . . . .Siapa?

Selepas di scan di tilik oleh aku, aku dapat nama yang sesuai untuk makhluk hijau di atas. Nama beliau ialah Greenie Shag IX [the ninth]. Kenapa? Jom ikuti kisah makhluk hijau ni di bawah. 

Pada awal tahun 1889, terdapat satu keluarga yang aneh. Anep Aneh kerana mereka badan mereka berwarna hijau. Lain dari makhluk di planet Vulcan. Ketua keluarga aneh tersebut bernama Shag The First telah berikrar bahawasanya, anak sulung dari setiap keturunannya harus mewarisi nama beliau. Tidak kira jantina, lelaki atau perempuan. Anak anak beliau terpaksa akur.

Pada tahun 2010, lahir lah satu lagi keturunan keluarga aneh tersebut. Keturunan ke sembilan! Ibu kepada bayi yang baru lahir itu mahu namakan bayi perempuannya, Greenia. Tetapi di tentang hebat oleh suaminya yang mahu anaknya mewarisi nama moyangnya. Selepas 11 hari 12 malam bergaduh. Makan tak lapar, mandi tak wangi, tidur tak sejuk.


Kata putus harus di buat. Tetapi, kedua suami isteri masih mahu berebut nama. Suatu malam, si suami mendapat idea untuk gabung kan sahaja nama yang menjadi pilihan mereka berdua. Selepas memikirkan susun atur yang comel, si suami terus mendaftarkan nama bayi mereka di Jabatan Pendaftaran Negara. Greenia Shag IX! Lega~

Namun, selepas surat beranak di cetak, nama lain yang muncul di atas nya. Greenie Shag IX!! Si suami bertanya pada pegawai bertugas adakah boleh menukar nama kerana terdapat kesilapan mencetak. Pegawai berkata boleh. Malangnya, mereka harus bayar untuk itu. Di sebabkan mereka tak ingin membazir hanya kerana ingin menukar nama, mereka biarkan sahaja nama itu.

Greenie Shag IX, comel jugak nama. Secomel tuannya. Detik hati pasangan suami isteri itu. Mereka bahagia di samping anak mereka, Greenie Shag IX.



Yay! Dah habis ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

Tok Esah said... BALAS

hahhahaa, best gak citer ni...

boleh menang ni...

tok esah kesayangan ku..!!! kenapa potong yg tu...

xnak kawan.. haha

she jirah said... BALAS

kreatifnye.
like like like.
hee~

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Tok Esah : Haha. Cerita merapu meraban memang kepakaran Shag :P

Alaa. Kang di salah ertikan oleh pembaca! Ecewah! Alolo. Jom lah kawan balik.

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@she jirah : Mula mula nak cerita pasal lain. Tapi, plot bawak cerita lain. Pedulikan jela. Malas nak edit :P

sembil9n said... BALAS

agagagag...yup!! sungguh seronok... tggu la yeh resultnye 22hb ni :D

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@sembil9n : Hiks. Tapi, rasanya peserta lain lagi gempak! Huk. Baik. Tak sabar nak tahu sapa pemenang :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot