Salam tengah malam, pembaca!
Pada tahun 2001, mama cakap kitorang bakal berpindah ke tempat baru. Lepas raya Cina tahun tu, aku pindah sekolah dari SK SHAS ke SK PP1, Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1. Sekolah rendah kedua di Putrajaya ni. Yang pertama kat Presint 9.
Tup tap tup tap. Dah dekat 10 tahun aku kat sini kan! Banyak gila perubahan dalam masa 9 tahun ni. Dari, Putrajaya tiada apa selain sekolah dan kedai runcit yang satu, serta JPM. Sunyi kot! Putrajaya makin maju dan maju lagi maju sampai lah wujud pulak Taman Cabaran. Taman ni dah wujud dari awal tahun. Eh, ke tahun lepas? Ommo. Pedulikan lah.
Petang tadi, tetiba mama cakap nak p Taman Cabaran tu. Abah pun bawak lah, mama, aku dgn Adeq. Sampai kat PICC, boleh tahan lagi ada
Mak aih kau. Mewah gila! Entah berapa ratus pulak nak bayar tapak.
Abah terus berhentikan kereta. Tak da pulak sign board nak p Taman Cabaran tu. Haiyak. Depan mata ada kubur, tepi tade apa, belakang ada jalan balik. Penat pikir, akhir sekali ajak jela abah p Alamanda main boling. Haha.
Balik aku p tanya pak cik Google aku tu. Dia pun naik pening kat mana Taman Cabaran. Sat cakap kat Presint 20, sat cakap kat Presint 5. Nak je aku lesing dia. Haiyak.
Dah duduk sini dekat 10 tahun. Tapi, Taman Cabaran pun tak jumpa jalan nak p. Terukkah aku ni? Tak kot, sebab Putrajaya ni banyak jalan yang tak siap, banyak jalan mati. Kena try and error je lah. Jangan cakap aku buta jalan Putrajaya, sebab aku jumpa port baik punya nak lepak. Tempat korang tak pernah jejak. Bukan Pullman. Bukan Jambatan Maksiat! Bukan Masjid Seksi! Adalah...
Psst. Sape sape yang tahu jalan nak ke Taman Cabaran tu, boleh jadi aku punya Pemandu Pelancong tidak berbayar tak? Hiks ;)
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
0 comments:
Post a Comment