Salam tengah malam, pembaca!
Huargh~ Lepas dua entri yang aku tetapkan waktu tayangan nya di pagi hari, aku tak ada netri baru menghiasi laman belog aku tu. Kenapa ye? Sebab, aku keluar menempek melepak kat Alamanda dari hari suntuk. Hey hey, bukan dating ye. Tapi, lepak dengan keluarga je. Main boling! Tapi, aku bukan nak cerita pasal boling atau Alamanda. Aku nak kongsi dengan korang pasal satu restoran kat Presint Diplomatik, Putrajaya.
Nama restoran, Asam Pedas Claypot. Err, sebenarnya aku tak sure mana satu nama kedai dia. Sila rujuk pada gambar di atas. Depan tulis, Asam Pedas Claypot. Sebelah pulak tulis Precinct The Kopitiam. Asal tah dia eja Precinct lagu tu aku pun tak tahu. Style kot.
Dah kata kedai Asam Pedas, jadi rugilah kalau tak merasa asam pedas kat situ kan. Tapi yang sedihnya, situ tak ada menu set terus. Dia ada menu sorang sorang. Lauk pulak tak banyak choices. Yang ada ikan tenggiri, kembung,
Air yang kitorang order adalah Jus Oren, Teh Tarik kurang manis, Mocha Ais, Milo Ais, dan Milo Panas. Antara semua, yang rasa minumannya adalah Jus Oren, yang lain hampeh. Manis pun tarak. Nak kata tawar ada jugak rasa tapi bukan rasa Teh atau Milo atau Mocha. Mungkin tukang bancuh air langsung tak reti bancuh air! Agaklah.
Jadi, aku kasi 5 bintang daripada 10. Pecahan markah adalah seperti berikut :
- 1 untuk kebersihan kedai
- 1 untuk ketangkasan pekerja hidang menu
- 1 untuk harga yang berpatutan
- 1 untuk cara hidangan menu
- 1 untuk kelembutan tata bicara pekerja
Nasihat aku untuk korang yang nak p situ untuk makan : Sila bawak minuman sendiri dari rumah ataupun beli je kat MYDIN. Hakhak.
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
2 comments:
siap ada markah lagi? hahahaha.
@Nurul Amira; : Harus! Hahaha :DD
Post a Comment