15 November 2010

Sudah 33 jam menyepi, semua kerana penat.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam petang Isnin, pembaca!

Alahai. Dah berhabuk bilik belog aku ni. Jom sama sama teman aku kasi berkilat dan bersinar balik belog aku ni. Penat kalau aku sorang je kemaskan. Hik.

Bukan tak ada idea nak kemas belog semalam. Tapi, mood yang tak ada. Lepas blogwalking, aku penat. Lepas take five, aku still penat. Malam malam aku online, aku blogwalking lagi. Idea mencurah curah, tapi aku penat. Penat nak susun kata kata. Penat untuk taip.

Hari ni, petang ni aku cuba gagahkan diri aku, ngadap belog. Bukan sekadar mengadap je. Aku paksa diri aku buat satu entri setelah lebih 33 jam menyepi. Lama ke tu? Tak pasti lah bagi korang. Tapi, bagi aku tu dah cukup lama.

Aku ni ada satu perasaan yang setiap bulan akan datang menjengah aku. Aku akan rasa penat untuk buat sesuatu. Beberapa bulan lepas aku penat untuk ber-Plurk sampaikan aku freeze kan Karma aku. Karma Freeze itu bersamaan dengan Deactivate akaun fesbuk korang tu. Bulan lepas, aku penat nak lepak lepak. Sesapa yang ajak keluar lepak aku terus cakap, 'Aku tak boleh'. Sebabnya, sama je. Aku penat nak buat apa apa.


Orang mungkin cakap itu malas. Malas lain dengan penat. Kalau malas semua benda aku tak nak buat kan. Tapi, ini lain. AKu tak buat sesetengah benda sahaja. Yang lain, aku jalankan jugak.

Mungkin bulan tak lama lagi akan jatuh ke riba aku. Saat tu, aku akan bertambah penat.

Itu sahaja untuk kali ini. Aku akan jumpa korang malam nanti. Hujan lebat lah kat Putrajaya. Aku tak sanggup korbankan satu lagi modem WiFi aku untuk ber-blog. Jumpa lagi ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

Diri Sendiri ; said... BALAS

selamat menghadapi musim penat :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nurul Amira; : Yeah. Sangat bosan bila penat. Haiyak.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot