12 November 2010

Terjah Followers : Rossarina Arina.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


imdrugged
Salam malam, pembaca!

Meh kita teruskan dengan segmen Terjah Followers aku. Kali ini, baru masuk pengikut ke-tiga aku. Haiyak. Tiap hari makin meningkat jumlah pengikut aku. Nampaknya, segmen ni akan berkekalan lah sampai aku tamatkan riwayat belog aku ni. Woah!

Mari teruskan! Nama pengikut ke-tiga aku ni ialah, Rossarina Arina. Seperti pengikut aku yang sebelum ni, Anep Zaid dan Ain Abia, aku jumpa kenal Arina ni kat Plurk. Kitorang tak pernah lagi bersua muka setakat ni. Banyak kali plan tapi aku tak pernah terjumpa dorang. Hik hik.

Rossarina Arina ni punya 2 belog di bawah jagaan beliau.
  1. imdrugged
  2. ina-arina
Meh aku cerita satu satu belog dia. Mula dengan belog pertama, imdrugged. Dengan ber-tag line, My Thorns Are Deadly Poisonous, dia membebel apa sahaja di situ. Nak emosional, di situlah tempatnya. Mahu mengumpat, di situ juga. Hendak meminta pendapat, situ jua lah. Berkongsi apa jua yang terlintas, itu dia. Tetapi harus berhati hati sebab dia suka guna bahasa Doktor. Perkataan Sains. Kadang aku kena tanya Pak Cik Google. Haha.

ina-arina
Manakala, ina-arina pulak dia lambak kan koleksi cerita pendek beliau, Spider Lily. Tergantung lah cerita tu. Lepas cuti panjang, dia dah kehilangan jiwa idea nak sambung. Haigo. Sekarang, dia longgok kan pulak koleksi Puisi di situ. Otak sangat puitis lah si Doctor-Wanna-Be ni. Jealous aku!

Kalau nak tahu, dia ni peminat tegar kaler hitam dan putih. Tengok saja lah pada litar lumba latar belakang kedua belog beliau. Patu tengok pulak latar belakang Plurk milik Arina. Hitam legam! Aku kalau nak singgah Plurk dia kena bawak torchlight. Kadang kadang, sampai kena angkut sport-light! Okay, ini terlampau tipu nya. Hahaha.

Sesapa nak berkenalan dengan beliau boleh lah ke belog belog beliau. Tak pun terjah Plurk. Sign Up, lepas tu jadi kawan Arina kat sini : I Live to Freak You.

I Live to Freak You

Done here! Chow sin chi.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

8 comments:

Anonymous said... BALAS

LOL. Moy, saya sangat terharu dengan entri nih haha. oh, dan juge sori .. bab2 bahase doktor tuh. saya tak reti nak terjemah kan dalam bahasa melayu XD

thanks a lot, Moy :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Rossarina™ : Paham! Sebab bila nak explain in Bahasa, mahu panjang explanation psl word tu dari entri sebenar. Muahaha.

Youre Most Welcome, Dr Arina ;)

sufiyyah zulkifli said... BALAS

haha. best2.

Anonymous said... BALAS

Suka dengan layout2 arina, maintain hitam putih. Dah jadi macam trademark die :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : Hikhik. Tgk lah belog sapa yg kena terjah tu :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Diya: Itulah, Kak Diya. Kalau org lain asek tukar kaler je. Haha. Tu belum masuk Wordpress dia lagi :P

♥ Teacher Nonoi ♥ said... BALAS

Oh blog wordpress takleh review.. tu tempat menyorok ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@RoSeNoi♥A'n'L : Err. Sepatutnya Moy kena review belog je. Tapi, termasukkan jugak Plurk :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot