05 November 2010

Lambert dan Bruckheimer.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam tengah malam, pembaca!

Malam ni tetiba terasa nak berceloteh pasal kucing aku dua ekor kat dalam rumah ni. Aku tak nak cerita pasal kucing luar rumah. Terlalu ramai, dan terlalu err bising! Hiks.

Gambar paling latest!
Kucing aku yang pertama, Chummy Lambert. Kenapa Chummy Lambert? Entah! Chummy tu di beri oleh emak tuan asal dia. Bagi nama perempuan, sebab tu lah kucing kesayangan aku ni macam pondan! Mencik. Lambert pulak aku yang kasi. Sebab, cara dia yang ala ala Diva gitu.

Chummy lahir bila aku tak tahu, yang pasti tuan asal dia kutip dia pertengahan Februari 2009. Kami bersama sama bela dia dekat rumah sewa kat Beranang. Time tu kan zaman kolej, duduk rumah sewa. Hmph. Lepas tu, cuti pertengahan semester aku bawak Chummy balik rumah aku sebab tuan asal dia tak nak dia lagi.

Asal aku tulis 'tuan asal' dan bukannya nama 'tuan asal' tersebut? Sebabnya, aku tak nak sebut nama minah tu lagi. Dia lah yang tikam belakang aku. Punca aku susah nak berkawan dengan orang luar sekarang ni. Hmph.

Tengah duduk tu, abang Jerry. Ktorg panggil Abang Dia ;P
Kucing kedua aku aka anak tiri, Jerry Bruckheimer. Sebelum tu, banyak nama di beri. Aku kasi Jay-R. Tapi, di tolak masak masak dan yang lekat Jerry. Nak kasi sedap aku tambah Bruckheimer, sempena nama pengarah popular kat Hollywood. Eh, pengarah ke penerbit? Haiyak. Lantak boleh?

Umur Jerry baru nak masuk 6 bulan kot? Aku bela dia sebab, dia kena buang mak. Eh, rase nye lebih kepada anak buang mak. Mak dia datang rumah hantar Jerry makan. Lepas dua kali bawak makan, Jerry tak nak balik hidup di jalanan. Bila mak dia kendong dia keluar, dia patah balik masuk rumah. Anak derhaka betul!

Sampai sekarang, mak dia datang makan kat rumah aku. Abang abang, kakak, dan kembar Jerry pun datang gak makan kat rumah. Tapi, dorang saling tidak kenal mengenal. Macam mana aku tahu dorang adik beradik? Naluri keibuan aku mengatakannya. Haha. Sejak bila aku ada naluri ibu ni. Hadoi! Dorang sume sepet dow!


Ohh. Lupa kejap. Chummy Lambert ada nama Islam nya. Ingat manusia je ada nama Islam ada nama popular? Kucing aku pun ada lah! Nama Islam Chummy ialah, Muhammad Ayub bin Abdullah. Comel kan! Ni sume pasal tetiba aku ter-connect dengan kawan aku time sekolah rendah dulu kat fesbuk. Nama dia Ayub. Aku sebut lah 'Yob ohh Ayub' banyak kali sambil pandang Chummy. Kejap lagi, dia pandang je. Terus lah lekat nama Ayub tu. Hiks.

Jerry pulak, nama Islam dia, Muhammad Ayie bin Abdullah. Sebab, dari Jerry, ktorg panggil Yee. Daripada Yee terciptalah nama Islam. Taraa~

Okay. Ni pengenalan pasal dorang. Lain kali aku cerita lagi. Bye!

Kadang kadang macam Bapak dengan Anak.
Kadang kadang macam Harimau dengan Singa.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

Biela Sapine said... BALAS

hahaha.. siyes, nama nyer kepelik.. berbelit lidah nak sebut

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Biela Sapine
Jerry Bruckheimer tu eh? Haha. Tau tape. Nasib baik tak payah panggil nama penuh. Mau sampai esok baru lepas nak sebut. lmao~

Diri Sendiri ; said... BALAS

Aku suka GILA gambar last tu. BAPAK BESAR chummy kikiki.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nurul Amira;
Dia memang besar! Tapi aku nak dia besar lagi!! Hiks ;Pp

zainabzawawi said... BALAS

aku suka mereka semua :) aku tak pnh nak buang lambert :) sbb dia lah yang merapatkan silaturrahim kita :) dr setan2 sekeliling:) alhamdulillah !

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@zainabzawawi
Haruslah! Kau kan gila suka sama kucing. Haiyak. Alhamdulillah dow.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot