01 December 2010

Cerita pasal Pasar Awam lah pulak ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Salam malam, pembaca!


Ya, ini entri pasal Pasar Awam. Sebenarnya, nak pos semalam. Tapi, tak sempat. Maklumlah, tengah cuti cuti Malaysia. Sempat pun, satu entri je. Kadang kadang sampai kena auto-publish. Kiki.

Ini cerita pasal Pasar Awam dah kali kedua aku cakap kat Perak. Mana lagi kalau bukan Batu Gajah. Aku kan balik sana. Ceritanya bermula bila, aku teman Mama pergi Pasar Awam nak beli baju warna apa ayam untuk masak sup dan goreng. Sampai Pasar Awam, aku macam 'Alamak. Kena masuk ke?'. Sebab nya, Pasar Awam tu gila punya busuk dan ternyata sangat kotor!

Aku bukan lah puteri yang mengada. Tapi, aku dah biasa dengan Pasar kat Putrajaya yang bersih. Mana ada darah darah makanan mentah berkeliaran melimpah atas lantai. Haigoo. Geli aku kot.


Aku dok jalan terjengket jengket. Sampai ada orang pandang pelik kat aku. Hmph. Peduli apa aku. Sapa suruh buat Pasar yang kotor! Lagi jeling aku bila aku bawak keluar senapang kamera kesayangan. Cuak lah tu, aku nak ngadu kat Menteri Kebersihan Alam. Haha :D

Lepas tu, setiap bahagian di bahagikan kepada bangunan yang berbeza. Contohnya, untuk ayam, ada bangunan kat belakang. Kat situ, semua jual ayam. Kena pandai pilihlah. Sebab, ada Hindu ada Cina dan ada Melayu. Malangnya, Melayu satu kedai je. Kalau dia tutup, tak ke haru? Ohh, aritu aku nampak Hindu ni sembelih ayam cincai senang gila. Pegang ayam, sambil jalan ke tempat kurungan ayam, dia cucuk tengkok ayam tu dengan pisau. Pergh.


Bangunan depan sekali iaitu bangunan lama, tempat ikan ikan dengan makanan mentah yang lain. Nak beli sotong, udang apa jadah lagi, boleh beli kat bangunan depan. Bangunan paling kotor! Yuks~

Lagi satu bangunan, tempat beli sayur mayur. Tempat yang agak bersih dari bangunan lain. Tapi, tergolong dalam kategori kotor jugak. Haha. Ramai penjual adalah orang Cina. Muka gangster habis lak tu. Kecut aku nak beli sayur dengan dorang!


Yang paling aku tak sangka, barang sini mahal kot! Sapa cakap makan kat Putrajaya mahal gila? Aku buktikan kat sini, makan kat Perak pun tak kurang hebat harganya! Bukan Perak je, Kedah, Perlis. Sama! Harga makanan sama rata je. Tak da pulak ikut kampung tak kampung. Hmph.

Jadi, lebih baik hidup kat Kota je ;)



bising : tengah pikir, nak kemas lagi belog ke tak payah ?



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

4 comments:

Syat0za said... BALAS

ehh, shag dok mane? kat batu gajah watpe??

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Syat0za : Asal Kuala Lumpur. Duduk kat Putrajaya. Lepak tiap minggu/cuti kat Batu Gajah, rumah Abah ;) Abah kerja sana.

Haa. Panjang explanation nye :P

Miss Yaty said... BALAS

shag,yaty praktikal kat bandar KT.
praktikal sebagai akaun.hihi

yaty memang degree akaun. :)

shag! lawalah watermark shag..buat sendiri ke?
berkenanlah :)

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@Miss Yaty : Bandar KT tu apa? LOL~ Woah. Sama lah kita ye. Shag pun amik akaun jugak ;) Tapi Diploma baru. Kiki.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot