31 December 2010

Aku dah berkeputusan, MUKTAMAD !!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam malam, pembaca!

Pertama sekali, aku ingin meminta maaf kepada semua pengunjung dan pembaca serta kawan kawan semua. Sebab, aku tak melawat korang yang sudi datang ke belog aku ni. Sebab, aku tidak kemas belog hampir 1 hari suntuk.


Ingat lagi entri ini : Aku di landa dilema ? Aku dah punya jawapan untuk itu. Jawapan yang MUKTAMAD, pastinya. Dan aku harap, aku tak kan pernah nyesal sebab ambil keputusan begitu.

Malam tadi, penat aku berdoa supaya dalam tidur aku akan di beri petunjuk yang mana patut aku pilih. Tapi, mimpi yang aku dapat, aku sendiri tidak dapat fahami apa yang cuba di sampaikan. Dalam mimpi aku sendiri, aku sedang bergelut untuk memilih yang mana lebih baik untuk aku. Jadi, satu hari ini, sekali lagi aku bergelumang dengan persoalan. Yang mana satu takdir aku?

Selepas mengira skor dari komen di entri ini : Aku di landa dilema , aku dapati ramai yang sokong aku ambil kos yang aku minat. Dan tak kurang juga menyuruh aku masuk UiTM. Terima Kasih kepada yang sudi memberi pendapat!

Selepas berbincang dengan Abah. Selepas mendapat tekanan dari Mama. Selepas, Along pun bersuara. Aku cakap . . . aku cakap . . .
Nak ambil Akaun! Jadi, nak kerja!

Jadi jadi., kiranya, aku TAK PERGI KELANTAN. hehe. Maknanya, tak bertemulah aku dengan Fahmi. Eceh. Tolonglah, jangan libatkan KFCM dalam entri ni. Cukuplah nama di sebut di merata tempat. Hehe.

Maknanya, aku akan duduk rumah lagi sebulan. Maknanya, aku kena keluarkan semua baju dalam beg sumbat dalam almari semula. Maknanya, duit RM800 di labur begitu sahaja. Maknanya, aku akan sambung di UniKL. Maknanya lagi, aku pergi cari kerja untuk ganti duit Abah yang rugi tu. hehe. Maknanya, sesiapa yang nak pergi Broga, bolehlah roger aku! Teehee~

Aku harap, aku tak salah pilih jalan. Aku amat harap! Sebab, akaun adalah kemahiran aku. Tak adalah pandai gila. Kalau pandai, pasti aku dapat kos Akaun di UiTM kan? Hmph~




MINTAK KERJASAMA SEMUA. JANGAN TAG BELOG INI UNTUK APA APA KONTES, GA DAN LUCKY DRAW. SEBAB AKU AKAN BERADA DI LUAR KAWASAN SELAMA 3 HARI. HARAP MAKLUM.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

36 comments:

nurul said... BALAS

welcome to uniKL..
hehe..oh ya,uniKL mane ek?
i means kampus ape?

Bella said... BALAS

yeay2...shag 1 campus ngan Bella!
t kiter jmpe taw! heee :P

titirara said... BALAS

Ececeh . uniKL . nanti nak masok situ gak la . HAHA . tapi lmbt lg la . heheeeee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@mar : Kampus Kota, Jalan Sultan Ismail ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Okeng! Shag reg 7 Februari InsyaAllah ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@titirara : Haa, meh meh masuk sini :D

Miss Yaty said... BALAS

all the best dear..yaty doakan pilihan shag tepat...

yaty sentiasa support shag...gudluck dear!! :)

nurul said... BALAS

same la..mar pon city campus gak..em cos ape ek?

Syat0za Zai said... BALAS

yeah!! uniKL ! :)

Unknown said... BALAS

apa-apa pn keputusan shag semoga ianya adalah yang terbaek..:)
selamat sambung belaja :)
p/s : pupel nagis sop sop waktu kene pilih pindah johor atau ambil degree kat uitm shah alam dulu

Ateynmohd said... BALAS

gud luck Shag :)

Unknown said... BALAS

shaggy adeqku sayyanggg :)

gud2 ! :)
akhirnya keputusn muktamad diperolehi
Semoga shag berjaya ye syg
jgn nakal2 kat unikl tuhh
and jgn asyik shpoing makan aje..cubit kang! hoho

bila mula masuk?

ayu said... BALAS

x ksh pn mne2 shag..
aslkn, slag ada pluang..
kte rebut..

btw, klu shag amik uitm, tmbh lg geng ayu :)

ZannaMazlan said... BALAS

Tahniah!!! dear~~ akhirnya dh ada keputusan... welcome uniKL... ^.^

AinSayang said... BALAS

selamat selamat selamat.... belajar baguih2 naa.. =)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Thanks a zillion, Yaty! Muah kana kiri ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@mar : Shag apply Perakaunan ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syat0za : Yeyeah~ Macam Amuk :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@PuPeL: Samalah dgn Shag. Cuma ego tinggi nak ngaku menangis :P

Thanks, Pupel :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ateynmohd : Thanks, Ateyn! Muah~ :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@luvYOU : Dilla kakakku sayang~

Thanks, dear! Baik, takkan nakal nakal. Jadi jahat je. Muahaha.
Mak aih. Macam tahu tahu je Shag suka shopping dgn makan =.="

InsyaAllah, 7 Februari. Harap tak ada aral melintang. AMIN!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ayu : Yes! Hehe :D

Alaa~ Tak masuk UiTM pun tambahkan lah Shag. Kiki :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@:: Zanna :: : Hehe. Thanks, dear! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ain Abia : AIN!! Thank You lah!! :D

MollyAhmad said... BALAS

all the best to you momoy! jgn hampekan aku. ko bawak name aku tu. hahahaha
=]

aku doakan ko baik2 je kt sane. jgn nk notty sgt. aku tanak pengetua call ak suh jage anak baik2 k

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MollyAhmad : hahahahahaha. Lawak lah Marly! Jangan tambah packs aku lagi. 3 hari. Cukup kot?

Yeay. Thanks! Baik. Hmph, itu tak dapat di jamin! Aku pasti pengetua akan call kau punya. Aku busy nanti nak jaga anak! :P

Faten Rosli said... BALAS

baguslah da ada pilihan..
gudluck 4 everything u do..

semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kamu.. ^_^

Cik_Shiqah said... BALAS

selamat maju jaya di UniKL kelak! slmt thun bru jge. hehe :)

Miz Winky said... BALAS

i know la hubby last2 u will choose uniKL pny..
huhu..
hubby i mmg mnje ok!
:))

Mohd Hazwan said... BALAS

semoga keputusan yang diambil tepat..
slmt sambung blaja..janji rajin usaha

ezhan_artwork said... BALAS

wahhh, kita satu bumbung la..tapi lain kampus je. hihi

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Thanks, Fatin! Muah kiri kanan! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Cik_Shiqah : Thanks, Shiqah!! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@just me : Amboi! Macam dia tak manja. Selalu je homesick :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@HAZWAN17 : Thanks, Wan! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ezhan_artwork : Wahh~ Yeke? Hiks ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot