15 December 2010

Bukit Broga - Pertama dan terakhir.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Salam tengah malam pembaca!

Okay. Masa yang di tunggu telah tiba. Eceh. Gaya macam belog aku ni power sangatlah orang nak tunggu entri baru pasal aku. Haha. Perasan lah kau, Shag.

Malas nak celoteh panjang, jom setat cerita pasal Bukit Broga. Eh jap. Sebelum tu, jom aku senaraikan artis kawan aku yang terlibat dalam aktiviti ni :
  1. Shag Yahaya [eh ni aku, bukan kawan aku. doh]
  2. Marly Ahmad
  3. Cecami Suhaimi
  4. Lalat Zamri
  5. Efa Omar
  6. Atheo Omairi
  7. Akim bukan AF7 - Lat's boy
  8. Ipin tanpa Upin - Ath's boy

Hari Ahad.

Jam 1030 malam, aku gerak ke rumah Marly Ahmad. Sleepover sana. Patutnya, Marl yang kena datang rumah aku. Tapi, ada masalah teknikal. Perubahan rancangan sikit jadinya. Sampai je rumah Marly, aku tolong kacau dia upload gambar kat kedai atas talian [Online Shop] beliau. Lepas tu, tengok TV pulak. Dari Survivor sampailah tak ada cerita. Semua cerita Melayu zaman dulu dulu. Bosan.

Hari Isnin.

Jadi, tidur sekejap sementara tunggu jam 2 pagi. Nak masak sardin untuk bekal. Tapi, masing masing tak lelap mata. Haha. Jam 2, masak sardin. Jam 3, siap. Gerak ke Shell. Isi Minyak, cari IC Marl yang tiba tiba lenyap. Tertonggek tonggek lah kitorang kat Shell tu. Haha. Tak jumpa jugak, terus gerak 7-Eleven. Beli air mineral pulak. Baru gerak ke rumah Lalat, lokasi berkumpul.

UPDATE 23 April 2012


Sementara tunggu Cami, kitorang mengumpat sakan. Hehe. Cami sampai dalam jam 0410 pagi. Gerak pulak ambil Efa. Kitorang mula mula konvoi 2 kereta je.

Lepas tu, gerak ke rumah Atheo pulak. Nak pergi sana memang mencabar. Bukan pasal apa. Asik salah masuk simpang je. Macam mana ni, Marl? hahaha. Dah jumpa, gerak pergi Petronas pulak. Kereta Akim tak ada bahan api. Choi lah kau. Taip minyak ke petrol ke tak boleh ke? Nak jugak bahan api. LOL. Aku dengan Marl pulak dok isi angin dalam perut tayar kereta. Lagi lawak. Dah separuh jalan baru nak isi angin.

Lebih kurang setengah jam sahaja, kitorang dah sampai ke Broga. Ohh, dalam perjalanan ke Broga, Atheo kutip ambil Ipin. Sampai kat Broga tu, Marl parking kat luar. Atheo dengan Akim, parking kat dalam kelapa sawit tu. Luckily kitorang parking luar, sebab kalau parking dalam kena bayar RM2. Tak berbaloi pun. Hehe.

Time tu tersedar. Oh My God! Torchlight tak ada. Dari 8 orang, hanya seorang yang bawak, Akim. Jadi, dialah kepala, dia jugalah ekornya. Tanpa warming up apa suma, terus daki bukit tu. Aku rasa nak kencing, jamban pulak tak ada. Haila. Daki jelah. Mula mula memang landai. But then, tiba tiba kena daki dengan gigih. Walah~ Terus aku tercungap. Kuat!

Tiba tiba, tak ada lampu. Akim tanya siapa ada handphone lampu. Sorang je jawab. Penyelamat ada! Si Ipin jadi kepala pulak. Akim jadi ekor since lampu dia macam ada masalah kejap okay kejap tak. Aku rasa setiap 10 minit bergerak aku mintak berhenti. Argh~ Dada aku sakit. Tak masuk kaki aku kejang, lutut tak boleh nak bengkok. Kepala pulak macam kedap. Paham tak? Susahnya nak explain. Skip!

Ada satu pit stop kitorang, Cami tetiba muntah. Oh My God. Aku ni memang pantang kalau dengar orang muntah. Siap ada bau. Aku cuba tahan diri aku dari join Cami. Sebab, aku takut. Takut aku pengsan kat situ. Tak pepasal menyusahkan orang lain. Tapi yang best nya, waktu Cami tengah berlawan dengan muntah, aku boleh tersengguk sengguk mengantuk! Pit stop lagi satu, Marl punya turn pulak. Sekali lagi aku tersengguk nak tidur.

UPDATE 23 April 2012

Last pit stop kitorang, paling lama aku rasa. Aku yang paling lama stop. Sebab, aku dah mengalah nak teruskan dakian. Sebab, aku tengok cerun terakhir yang perlu kitorang daki tu curam gila! Time tu tinggal aku, Lat dengan Akim je. Yang lain dah berjaya kot naik atas. Aku suruh dorang tinggalkan aku, sebab aku gayat gila tengok cerun tu. Gila cerun. Dekat 80 darjah kot condongnya. Gulp~

Tapi, atas kata kata semangat couple tu, aku naik jugak. Memang tak pandang atas. Aku pandang tanah je. Kalau stop nak ambil angin pun, aku pandang bawah. Haha. Pelikkan? Orang gayat bila pandang bawah. Aku gayat bila pandang atas.

Aku tak tahu jam berapa. Aku tak tahu kalau Lat dengan Akim ikut aku dari belakang ke tidak. Yang pasti, aku sampai dengan selamatnya kat puncak Broga tu. Alhamdulillah. Efa yang sambut aku. Dia tu, stamina kuat gila. Aku tengok yang lain [Marl, Cami, Ath, Ipin], semua duduk rehat rehat. Efa . . Efa . .

Sampai atas, aku terus duduk kat Marl dengan Cami. Mengadap matahari. Errr. Waktu tu, matahari tak naik sangat. Tapi, agak lambat bagi aku lah nak tengok dari awal. Sebab, dah ada cahaya matahari sikit keluar.

Aku berkeadaan macam tu sampailah matahari betul betul memancar terik kat depan mata aku. Penat tak hilang lagi. Mengah masih ada. Dahaga, lagilah. Kencing. Hmph. Tak tertahan tahan dah. Cami ada suruh aku pancut je kat lalang lalang. Mak aih. Aku tak berani lah, bro! Karang tak pepasal bontot aku jadi tatapan semua pengguna internet. LOL~ Akim, Lalat dengan Efa sibuk makan. Memang tergoda tengok sandwiches dengan bihun goreng. Tapi, perut aku kejang.

UPDATE 23 April 2012


Tak cukup kat situ, kitorang daki sikit je lagi ke puncak lagi satu. Ada lagi satu puncak, tapi aku dah tak larat gila. Masa untuk gelongsor ke bawah dah tiba rasanya. Dah panas terik kat atas tu. Memang seronok gila kat atas puncak. Kau boleh tengok kawasan perumahan yang perlahan lahan di terangi cahaya mentari. Kau boleh tengok bukit bukau yang menghijau. Argh. Nyaman gila!

Jam 0835, aku, Marl dengan Cami ambil keputusan nak turun dulu. Marl tak tahan dengan beraknya. Aku tak tahan dengan kencingnya. Terseksa weh! Jadi, dengan berhati hatinya aku turun cerun yang curam gila tu. Mula mula berdiri. Tiba tiba kepala aku pening sebab gayat, mungkin. Aku terus gelongsor je. Memang silaplah aku pakai seluar putih aritu.

Nak naik mungkin aku ambil masa sejam lebih. Tapi, nak turun aku ambil masa 30 minit je kot. Hebat tak aku? haha.
Turun 40 kali ganda senang dari naik - Marly Ahmad.

Sampai kat bawah, terus cabut ke Petronas, Semenyih. Tak tahan lah, bro! Aku salin baju sebab, baju aku dah lencun tambah dengan bau yang harum. Seluar tak ada lebih, terpaksa kotorkan seat kereta Marl. Sorry, bro!

Lepas selesai aktiviti di Petronas, kitorang gerak satu restoran dekat dengan The Store. Ada yang makan, ada yang on diet. On diet tu pastinya aku. Haha. Perut rasa ketat. Tak ada selera nak makan. Minum sudah. Habis sesi situ, berpisah balik ke Putrajaya. Bye bye, Atheo, Ipin.

Cami drive balik. Alhamdulillah, sampai ke Putrajaya dengan selamat. Hehe. Terima Kasih semua. Terima Kasih, Marly. Terima Kasih, Cami. Sebab bawak aku pergi dan balik dengan selamatnya. Aww~ Skema gila ni.
Lepas ni jangan sebut Broga depan aku. Sebut Brog je. Aku tak nak ingat pasal Broga lagi dah - Marly Ahmad.

Serupa dengan Marl, aku tak nak naik Broga lagi dah. Cukuplah ada pengalaman naik ke sana. Hehe. Okay. Tamat sesi cerita. Sekarang sesi, gambar pulak. Semua ni jasa Molly, Marly's D3100. Ada satu DSLR lagi, aku tak dapat gambar nya lagi. Cami, di manakah semua gambar tu? Kiki :P




UPDATE 23 April 2012


Nasihat aku untuk yang teringin nak pergi Broga.
  1. Makan sejam sebelum daki.
  2. Pakai sport attire dengan lengkap.
  3. Bawak kamera tercanggih kat dunia.
  4. Jangan lupa tripod.
  5. Kencing dan berak sebelum ambil simpang ke Broga tu.
  6. Tidur dengan secukupnya.
  7. Bawak bantal, boleh baring tidur sambil mengamati matahari.
Wahh~ Kejang tangan aku taip panjang gila. Otak pulak tak berapa betul nak ingat balik detik detik cemas sepanjang perjalanan ke puncak Broga.

Psst. Sampai rumah semalam, aku mandi terus pengsan. Tidur dekat 6 jam. Bangun pun sebab, perut dah berbunyi. Setelah mendaki bukit yang tinggi, aku baru sedar aku tak makan lagi. Haha. Lepas tu, aku demam. Sebab tu, tak pos entri semalam.

Arini badan sakit lagi. Urat dengan lemak terkejut kot. Haha.



bising : tadi sempat lepak tengok Rapunzel dengan Adeq.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 comments:

AinSayang said... BALAS

wahh mesti best kan... lama dah tak buat outdoor aktiviti huhuhu... best dpt tgk matahari terbit depan mata hehe... nanti ajak moy lagi la lau ain gi sana!! ain tak sebutt kan kan kan... alalala...
hahaha...

she jirah said... BALAS

wah beshnya.
dh lama teringin nk g broga, tp x kesampaian sbb x ada yg nk join.
huhu ;)

Anonymous said... BALAS

gambar kat fb lahhh!

btw, TAHNIAH utk kita sbb berjaya sampai ke puncak!!! gituhh! HAHAHHAH!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ain Abia : Alaa, Ain~ tak nak pergi dah. Insaf. Kalau nak ajak Moy jugak, tunggu stamina Moy kuat. Tak ada lah rasa nak pengsan :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@she jirah : Yeke? Satu hari nanti pasti ada orang ajak Jirah ;) Shag doakan. AMIN!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syahmi Suhaimi : Yeah! Lompat bintang tak jadi, ayuh! Kiki :P

Faten Rosli said... BALAS

Broga hill mmg sgt besh,, fatin penah g dulu..
i love advanture xtvt.. :)

http://atentiqa.blogspot.com/2010/06/hiking.html

she jirah said... BALAS

shag, saya pun sentiasa doakan begitu.
huhu

Unknown said... BALAS

wow baju dan shalws kita sama,,huwa...pupel tertipu dengan pic yang atas sekali..ingat tu shag..upernyer watermark je..

huhu pupel tak penah pg.skrg musim orang g sana erk? :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Ohh, dah minat buat aktiviti luar mmg best kalau stamina kuat. Shag ni kali ke-2 join ekspedisi daki bukit :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@she jirah : Moga termakbul satu hari nanti. pasti!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@PuPeL : Yeke? Grey cardi tu ke, dear? Haha. Tak sangka :P

Kiki. Boleh tertipu kan? Best nya ada WM macam tu. Hiks. Joke!

Rasanya, tiap hari tiap bulan ramai orang.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot