Aku baru balik dari macam macam tempat. Dari KL, dari Alamanda, dari Seri Kembangan. Penat beb! Tapi, aku bukan nak cerita pasal tempat yang aku pergi tu. Tapi, aku nak kongsi berita yang menggemparkan kami sekeluarga. Kami sedih dengan berita tersebut!
Okay. Itu apa yang aku penat karang semalam dan simpan dalam Notepad. Haha. Sebab, samalam, dah aku teruja balik nak online, laptop aku tak dapat detect wireless. Katanya, 'Windows cannot detect any wireless blaa blaa blaa'. Lebih kurang maca tu lah bunyi nya. Hari ini, lepas Abah bertungkus lumus satu hari suntuk, baru tadi dapat buat. Terima Kasih Abah! :D
Aku nak cerita kes sedih. Kes ini melibatkan jiran kawasan rumah aku tu. Aku memang hampa gila dengan penduduk kat sini. Sungguh tak perihatin dan tidak berperikemanusiaan langsung!
Kucing yang kami beri nama Patah, sebab ekor dia macam patah, abang kepada Jerry Bruckheimer, meninggal dunia hari ini. Waktu, aku tak pasti. Sebab, Adeq jumpa mayat Patah kat tepi longkang rumah jiran tak berhati perut tu! Dengan darah, dengan mata terjojol, di biarkan sahaja kaku kat tepi rumah dia. Tak di tutup dengan surat kabar pun.
Jadi, kami ambil tindakan untuk kebumikan Patah kat belakang rumah aku. Dia dah gemok. Tanda kitorang bela dengan baik! Baru kelmarin kami mandikan Patah. Siap blow lagi bulu dia kasi kering. Tup tup, tahu hari ni dia kena langgar mati! Oleh jiran aku yang busuk hati! Entah ada hati ke tak.
Aku tak akan maafkan jiran tu! Satu keluarga. Boleh je intai dari bilik? Damn lah lu. Dah langgar, bertanggungjawab lah! Dengan tak sengaja tadi aku ter-mencarut, 'Nanti dia mati pun terbiar kaku macam tu'. Hmph~
Patah dah selamat di kebumikan. Lepas ni, tak ada dah Patah mai singgah rumah buat bising mintak makanan.
Lepas ni, tak ada siapa datang rumah nak main dengan Chummy Lambert dengan Jerry Bruckheimer.
Lepas ni, tak ada Patah~
Okay. Berhenti di sini. Mata aku pedih sebab lens aku kering petang
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
37 comments:
smpai hati.. dah la xmintak maaf.. jiran ape mcm tu.. iskk.. rase nak je lempang2 jiran Shag tuuu.. geram lak rasa.. kot ye pon dah mbunuh, mintak maaf susah sgt ke..
sedeynye....:(
bersabarlah shag :)
lina pon ader jiran mcm nieh..
mntg2 family lina bela 5 ekor kucen,
sedap2 je dier tuduh kucen lina kencing kat umah dier..padahal cheeky,ibu pada 4 ekor anak nieh dok dalam umah je spanjg mase..kencen pon lam toilet taw..yg anak2 dier lak ktaorg ta penah lepas kuar kecuali kalo dorg terlepas dari sangkar..selamba jek dier tuduh2..mcm la kucen lina jek ader kat kwsn perumahan nieh..dier ta tawu la tue bela kucen nieh amalan mulia
kejam btol jiran tu... eyyy geram nye..
nyah ko dari sini,, huu
teruknya..rasa nk bagi penampo je kat pelanggar tu..ritu kan shag, anak ex opismate pupel kene langgar tau..apa yang berlaku perangainye lebih kuang je ngan perangai pelanggar patah tu..tak bertangjawab langsung..sian anak dye kecik g dah patah punggung.. mereka kejam!!!
innalillah!!! huhuhu sedih nye shag...
teringat kat kucing BABY tok dulu, meninggal gak tapi mati dengan tenang, balik skul tengok2 terjelopok duduk tak bergerak atas lantai..
satu family ngis.. huhu
@Ainismaira : Hmph. Sedih gila. Dorang buat bodoh tengok kat tingkap bilik tu yg tak tahan! Bila Shag pandang, kelam kabut nyorok. Damn lah!
Jom p lempang sama sama? LOL~
@Bella : Tengah sabar ni. Tadi, time nak bagi makan kat kucing liar, terasa sedih sebab Patah dah tak ada ;'(
@Lina_Lin : Haa, tu perangai jiran sebelah rumah Shag. Dia pernah buang anak kucing kitorang kat mana tak tahu. Kesian anak kucing tu. Sobs ;'(
@dhilla nazli : Yeap. Sangat kejam! Kalau lah Shag boleh halau dorang. Hmph~
@PuPeL : Ya Allah! Gila kejam tu. Itu anak orang bukannya anak kucing! Manusia sekarang makin kejam!
@Tok Esah : Mati sebab tua kan? Tak apa lah sangat dari mati kena langgar. Rasa macam, hina sangat ke nak kutip kucing tu tanam?
sedihnye...
teringat kucing deno yang mati bulan lepas...
tapi mati sebab sakit..
sabar je la awak..
nak buat macam mana kan..
ajal dia macam tu, semoga awk ok :)
xgune pnye jiran..kalo aku jd ko,da lameaku serang uma jiran ko tu...xbtggungjwb lgsg!
hmm teruk jugak yek... hanya tuhan membalasnya..tu saya kurung budak2 kat rumah takut benda mcm ni berlaku
meowwww
kesian kamu.. mst sedih sgt kan.. takziah..
sabar ye..T_T
jahatnya jiran tu.sies rasa nak lempang mereka
ish ish dasyat punya jiran =(
@deno: Shag okay je. Kiki. Kadang2 je sedih. hehe :P Thanks, Deno!
@padle : Haa, nasib baik aku pakai tudung tadi. Kalau tak pakai dah lama terajang jiran tu. Takut nt sebab aku, orang bertudung lain pun busuk jugak :P
@Adem and Cats : AMIN! :D
@misz FaTiN : Thanks, Fatin. Mmg tgh bersabar. Kalau tak ada sabar dah lama jalan jiran Shag tu :P
@ardinihumaira : Jom lempang sama sama ;)
@F.a.S.h.E.e.H.a : Sangat dasyat! =.=
kesiannya patah...dh jd arwah pn..sob2...xberhati perut betul la jiran shag tue..
jiran macam hape je, kalo zai, zai patah2 kan je dia xD]
sabar ek kak shag :)
@Shag
sangat kejam !
sedeynye:(
kesian patah....tak baik btul jiran shag..at least pegilah mitak maap ke kan..sedey baca entry shag :'(
keciannyer patah..isk3...sedihnyer..agak kejam la jiran tu..kan?? ish3..
@CIK TOM : Uhuk. Kubur dia belakang rumah je. Senang nak jenguk ;) Dia memang kejam!
@Syat0za : Haa, jom jadi geng patah kan dia? Kiki ;)
Tgh tahan sabar. Tiap kali nampak dia. Hmph~
@Lina_Lin : Sangat sangat! Hmph~
@Miss Yaty : Tulah. Ni intai dari tingkap. Hari kejadian. Lepas tu, buat muka bodoh je kalau tembung dgn kitorang. Sedih ada manusia macam tu.
@Fiqah Alias : Memang agak kejam! Hesh. Rasa nak je simbah cat merah kat kereta putih dia tu :P
jahatnye beliau. jahattttttt.
sy tak suke org yg takda hati perut nih
@wanieybintang : Kan! saya pom benci dorang yg tak ada hati dan perut dan perasaan =.='
Sama ngan Saya. Saya tak Suka jiran jiran Saya tu. Berlagak sangat. Kita buat baik kat dia orang dia orang buat jahat. Menyampah betul dengan jiran Saya tu 😤😤😤
Post a Comment